Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOFE anjur majlis dikir di Masjid UBD

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Bulan Rabiulawal terus disemarakkan dengan majlis dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1446 Hijrah.

    Sementara itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) kelmarin,

    Pada majlis itu, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, hadir selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir di majlis itu, Pemangku Setiausaha Tetap (Fiskal I), Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan lelaki kementiran serta jabatan-jabatan di dalamnya.

    Persembahan berkenaan adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di samping mengenang jasa Rasulullah SAW dalam memperjuangkan syiar Islam sekali gus menyuntik rasa kecintaan kepada Baginda Nabi.

    Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi MOFE telah diselenggarakan oleh Jabatan Perbendaharaan, MOFE.

    Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan.
    Antara yang hadir menyertai majlis dikir berkenaan.
    Atas & Bawah: Gambar ramai tetamu kehormat dengan yang hadir.GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda