Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Nasi bungkus ditulis kata tidak sopan cetus kemarahan

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Baru-baru ini warganet tempatan digemparkan dengan satu hantaran di media sosial mengenai nasi bungkus yang dibeli dari sebuah restoran yang mengandungi perkataan ‘kodok’ yang membawa maksud katak dan ‘urap celeng’ iaitu masakan dari negara jiran yang berasaskan daging khinzir.

    Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi yang menyaksikan ribuan perkongsian dan ulasan diberikan terhadap hantaran berkenaan.

    Malangnya bagi pelanggan tersebut difahamkan membeli nasi bungkus tersebut untuk tujuan disedekahkan kepada orang lain namun mendapati ditulis dengan perkataan yang membawa maksud kurang menyenangkan.

    Menurut hantaran tersebut, setelah pelanggan tersebut membuat aduan terhadap kelakuan pekerja yang tidak bertanggungjawab itu, salah seorang pekerja di restoran terbabit segera memohon maaf atas perbuatan tersebut.

    Pelbagai reaksi diberikan antaranya ada yang menganggap perbuatan tersebut sebagai kurang ajar dan ada yang menyatakan tindakan seumpama itu bukanlah suatu bahan jenaka yang lucu malah boleh menimbulkan kemarahan.

    Beberapa warganet juga turut menyeru agar pelanggan yang dimaksudkan untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan restoran berkenaan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi di masa yang akan datang.

    Walau apapun diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi bukan sahaja di restoran berkenaan tetapi juga di mana-mana tempat lainnya khususnya bagi yang memberikan perkhidmatan makanan halal di negara ini.

    Hantaran di media sosial menunjukkan nasi bungkus yang tertulis perkataan ‘kodok’ dan ‘urap celeng’ yang mencetuskan pelbagai reaksi. – Gambar sumber WhatsApp

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...