Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Ops KABAT kesan pelbagai kesalahan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Lima orang warga asing telah ditahan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen Penggal 17 semasa tiga Operasi KABAT yang dijalankan di Daerah Brunei dan Muara serta Belait.

    Di Daerah Brunei dan Muara, Operasi KABAT 35/2024 menyasarkan di sebuah rumah di Mukim Berakas B dan bilik sewa di Mukim Mentiri, di mana seorang warganegara asing ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

    Individu tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2) iaitu bekerja bukan dengan majikan asal dan Bab 15(1), tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresennya mansuh.

    Sementara itu, dalam Operasi KABAT 38/2024, pemeriksaan menyasarkan bilik sewa dan rumah sewa di Mukim Lumapas dan Mukim Kilanas di mana seramai 20 orang warganegara asing telah diperiksa dan tiga daripadanya telah ditahan bagi siasatan lanjut.

    Berdasarkan pemeriksaan, seorang dipercayai melakukan dua kesalahan iaitu di bawah Peraturan 15(2), tidak bekerja dengan majikan asal dan Bab 15(1). Manakala itu, dua lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1).

    Salah seorang individu yang ditahan iaitu Lisna Ariyatna, perempuan berumur 52 tahun dari Indonesia telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak $800 sebagai gantian kepada hukuman sebat atas kesalahan di bawah Bab 15 (1). Individu tersebut telah gagal membayar jumlah gantian kepada sebatan tersebut dan menjadikan hukuman penjara kepada tujuh bulan.

    Pendakwaan dibuat di hadapan Majistret Harnita Zelda Skinner dan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JIPK, Dayang Hadiyatul Majeedah binti Awang Usin.

    Manakala itu, di Daerah Belait, Operasi Kabat 37/2024 menyasarkan kawasan awam di Mukim Seria di mana seorang warga asing ditahan bagi siasatan lanjut kerana dipercayai melanggar Peraturan 15(2).

    Pegawai penguat kuasa undang-undang JIPK semasa menjalankan operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...