Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orang junub dan berhadats: Bolehkah berzikir?

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Amalan berzikir adalah amalan yang disukai dan dituntut melakukannya pada setiap keadaan, bahkan sebaliknya kita dilarang dari lalai dan lupa dari berzikir. Berzikir merupakan syiar ugama dan mempunyai fadhilat yang sangat besar.

    Antaranya ialah dengan banyak berzikir akan dikurniakan oleh Allah Ta‘ala kedudukan darjat yang lebih utama di sisiNya berbanding dengan orang yang berperang di jalan Allah sebagaimana hadits yang diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya:

    Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya: “Siapakah hamba yang paling utama darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Golongan lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah”. Aku (Abu Sa‘id al-Khudri) lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, (adakah lebih utama) daripada orang yang berperang pada jalan Allah?” Baginda menjawab: “Walaupun dia membunuh orang-orang kafir dan musyrik dengan pedangnya sehingga patah dan mengalirkan darah, nescaya orang-orang yang banyak berzikir itulah yang lebih utama darjat daripadanya.
    (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

    Foto Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda