Wednesday, September 18, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDI serikan malam Maulidur Rasul

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Unit Dakwah Daerah Tutong malam tadi mengadakan Majlis Malam Mencintai Rasul bersama mualaf dan bukan beragama Islam di Pejabat Unit Dakwah, Daerah Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Turut hadir ialah Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, para pegawai dan kakitangan PDI serta para mualaf dan bukan beragama Islam Daerah Tutong.

    Majlis itu bertujuan untuk menyampaikan syiar dan pendidikan Islam kepada masyarakat khususnya para mualaf dan yang bukan beragama Islam di samping untuk mengajak para mualaf bagi sama-sama menghayati serta menzahirkan rasa cinta kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

    Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah. Dikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis.

    Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk Mengapa Kita Perlu Mencintai Rasulullah yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong, Hajah Siti Noraziah binti Haji Asli.

    Majlis seterusnya disusuli dengan persembahan Selawat Tafrijiyyah, Qasidah Tolama Ashku, Qasidah Ya Hanana dan Dikir Asyrakal. Kemudiannya bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam bagi memberkati majlis dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

    Awang Mohammad Sofian hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PDI TUTONG
    GAMBAR SERAHAN PDI TUTONG
    GAMBAR SERAHAN PDI TUTONG
    Awang Mohammad Sofian dan para peserta bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PDI TUTONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda