Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Pembayaran pencen perkhidmatan dan turunan di kaunter

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran Pencen Perkhidmatan dan Pencen Turunan melalui kaunter bagi Oktober 2023.

    Pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan secara kaunter bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Hasil, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, pada 26 Oktober bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Manakala itu, pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan dilaksanakan di Kaunter Pejabat, Cawangan Jabatan Perbendaharaan di daerah-daerah berkenaan, pada 26 Oktober bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Pembayaran pada hari-hari berikutnya iaitu sehingga 8 November 2023 adalah pada pukul 8:30 hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang di kesemua cawangan di keempat-empat daerah.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan ke atas tatacara pembayaran yang dimaksudkan, mereka boleh menghubungi talian-talian yang telah disediakan iaitu 2380822/2383469.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...