Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    PEMODA anjur majlis tahlil, kesyukuran

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Berbuka Puasa yang berlangsung di Hotel Star Lodge, baru-baru ini.

    Acara yang dihadiri oleh lebih 150 orang ahli PEMODA, anak-anak yatim dan para penjaga itu bermula dengan Sungkai Ride dari Kampung Beribi menuju ke tempat berbuka puasa.

    Konvoi berkenaan diketuai oleh Bendahari Agung PEMODA, Haji Noor Aimee bin Haji Matamit.

    Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang; Yang Dipertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad, pelopor-pelopor, mantan-mantan yang dipertua dan ahli-ahli kehormat persatuan berkenaan.

    Acara dimulakan dengan bacaan tahlil beramai-ramai dan diselajurkan dengan Doa Kesyukuran.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada seramai 28 orang anak yatim yang menetap di kawasan Jerudong di mana angka 28 adalah signifikan sempena ulang tahun PEMODA ke-28 pada 2024.

    Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh isteri-isteri Ketua Kampung Jerudong B, Yang Di-Pertua PEMODA dan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persatuan.

    Penyampaian sumbangan derma yang disempurnakan oleh isteri-isteri Ketua Kampung Jerudong B, Yang Di-Pertua PEMODA dan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persatuan. – GAMBAR SERAHAN PEMODA
    Ahli-ahli PEMODA dan anak-anak yatim serta penjaga mereka bergambar ramai pada majlis yang berlangsung di Hotel Star Lodge, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PEMODA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...