Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Perhitungan Haaland, Nunez

    LONDON, 29 JULAI – Penyerang Manchester City, Erling Haaland akan berdepan dengan penyerang Liverpool, Darwin Nunez apabila dua seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menampilkan dua senjata mahal mereka pada aksi Perisai Kemuniti esok.

    Menjelang aksi pembuka tirai musim baharu EPL Sabtu ini, tekanan kini dihadapi Haaland dan Nunez untuk membuktikan bahawa mereka boleh mempamerkan prestasi sesuai dengan harga mahal mereka dalam beberapa bulan akan datang.

    Kedua-dua pemain itu memiliki lebih AS$121 juta yang mewakili kebolehan menjaring ketika persaingan antara City dan Liverpool semakin sengit.

    Banyak perubahan telah berlaku di City dan Liverpool sejak skuad kendalian Pep Guardiola menewaskan The Reds dengan kelebihan satu mata selepas kemenangan ke atas Aston Villa pada perlawanan akhir musim ini.

    Gelaran keempat City dalam tempoh lima musim itu hasil prestasi konsisten mereka, tetapi personaliti Guardiola yang mengutamakan kesempurnaan menyebabkan beliau tidak akan berpuas hati dengan kejayaan yang dicatat.

    Sementara itu, Guardiola membenarkan perpindahan Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko kepada Arsenal, manakala Raheem Sterling telah menyertai Chelsea dan Fernandinho pula kembali ke Athletico Paranaense. – AFP

    Aksi Erling Haaland ketika berusaha menembusi pertahanan Leroy Sane dalam perlawanan persahabatan antara Bayern Munich dan Manchester City, 23 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...