Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis HK siasat insiden ‘boo’ lagu kebangsaan China

    HONG KONG, 30 JULAI – Polis Hong Kong hari ini mengumumkan siasatan telah dilancarkan ke atas peminat Sukan Olimpik yang didakwa mengejek ‘boo’ terhadap lagu kebangsaan China ketika menonton temasya itu melalui penyiaran awam di sebuah pasar raya, di sini.

    Atlet Hong Kong, Edgar Cheung, berjaya membolot pingat emas lawan pedang, manakala Siobhan Haughey meraih dua pingat perak dalam acara renang pada temasya kali ini yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

    Kemenangan itu disambut dengan sorakan gembira ratusan penduduk Hong Kong yang berkumpul untuk menonton siaran di pasar raya terbabit, Isnin lalu. Namun ketika siaran majlis penyampaian pingat, segelintir penonton berkenaan didakwa mengejek ‘boo’ terhadap lagu kebangsaan China, disusuli laungan ‘Kami adalah Hong Kong’ dalam kejadian yang disiarkan secara langsung.

    Tahun lalu, pihak berkuasa Hong Kong meluluskan perundangan yang melarang sebarang penghinaan terhadap lagu kebangsaan dan bendera China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda