Monday, February 3, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden sementara Syria lawat Arab Saudi

    ANKARA, 2 FEB – Presiden sementara Syria, Ahmed al-Sharaa tiba di ibu negara Arab Saudi, Riyadh hari ini untuk lawatan ke luar negara pertamanya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik saluran Al-Ekhbariya milik kerajaan Arab Saudi.

    Sharaa bersedia untuk bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman semasa lawatannya, yang menandakan langkah diplomatik penting antara Damsyik dan Riyadh.

    Lawatan itu dijangka memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala dan membincangkan isu serantau.

    Lawatan Sharaa dibuat di tengah-tengah usaha berterusan untuk membina semula hubungan antarabangsa Syria berikutan pengasingan politik selama bertahun-tahun. – Bernama

    Ahmad al-Sharaa, yang sebelum ini dikenali sebagai Abu Mohammed al-Golani, berjalan di istana presiden sebelum pertemuannya dengan Walid Ellafi, menteri komunikasi dan hal ehwal politik Libya, di Damsyik, 28 Disember 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda