Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Program pupuk sikap pemedulian

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Badan Pelajar Pengurusan Pembangunan Islam (IDeMs) dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Temburong, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat Kampung Semabat, Daerah Temburong yang merupakan salah satu pengisian bagi Program Kem Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam Siri ke-5 (K2P2I 5.0) yang telah dirasmikan baru-baru ini.

    Khidmat masyarakat itu diungkayahkan di empat lokasi yang terpilih iaitu Balai Ibadat Semabat, Rumah Bahagia Kampung Semabat, Rumah Babu Aisyah binti Abdullah dan Rumah Babu Maryam binti Abdullah yang melibatkan pegawai-pegawai dari PDI, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan FPPI, UNISSA serta peserta-peserta K2P2I 5.0.

    Antara aktiviti yang diadakan adalah Klinik Bacaan dalam Sholat yang dijalankan oleh peserta K2P2I 5.0 bersama penduduk Kampung Semabat di Balai Ibadat Semabat. Manakala kempen kebersihan telah diadakan di tiga lokasi yang lain serta di sekitar Kampung Semabat.

    Selain itu, peserta K2P2I 5.0 juga berpeluang mempelajari kraf tangan bersama salah seorang penduduk di sana.

    Program tersebut antara lain bertujuan untuk merapatkan ukhuwah Islamiah antara peserta dan penduduk kampung dengan memupuk sikap pemedulian dan perpaduan sesama masyarakat Islam amnya dan penduduk Kampung Semabat secara khasnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa, diikuti ucapan alu-aluan daripada Timbalan Dekan FPPI, Awang Muhammed Sahrin bin Haji Masri.

    Seterusnya, majlis diserikan dengan penyerahan wakaf Mushaf UNISSA dan sumbangan kepada fakir miskin Kampung Semabat yang telah disampaikan Awang Muhammed Sahrin dan Ketua Program Sarjana Muda FPPI, Dayang Liza Mariah binti Haji Azahari.

    Program diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Dayang Liza Mariah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam program khidmat masyarakat tersebut. – Gambar serahan UNISSA
    Antara aktiviti yang dianjurkan semasa program tersebut. – Gambar serahan UNISSA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...