Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG enggan bayar gaji tertunggak, bonus Mbappe $60.6 juta

    PARIS, 13 SEPT – Paris Saint-Germain (PSG) enggan membayar gaji dan bonus tertunggak bekas pemainnya, Kylian Mbappe yang mencecah 50 juta pound ($60.6 juta).

    Kelab Paris itu diarahkan oleh badan induk bola sepak Perancis, LFP untuk melunaskan bayaran kepada pemain itu, tetapi PSG akan mendapatkan keputusan undang-undang di tempat lain.

    Penyerang berusia 25 tahun itu berkata PSG berhutang 55 juta euro dalam bentuk gaji dan bonus, tetapi PSG berkata Mbappe bersetuju untuk mengetepikan wang itu pada Ogos 2023.

    Pada Khamis, LFP memutuskan bahawa PSG perlu melunaskan pembayaran itu dalam tempoh seminggu, mencetuskan reaksi daripada kelab yang disokong Qatar tersebut.

    “Berdasarkan had bidang kuasa Komisen untuk membuat keputusan penuh mengenai isu ini, kes ini perlu dibawa ke mahkamah lain,” menurut kenyataan PSG.

    “PSG akan memberikan semua fakta berkaitan kes ini dalam beberapa bulan dan tahun yang akan datang,” tambahnya.

    Peguam yang mewakili kedua-dua pihak bertemu pada awal Rabu selepas Mbappe, yang kini menyertai Real Madrid, merujuk kesnya kepada jawatankuasa undang-undang LFP. – AP

    Kylian Mbappe  semasa Liga Negara UEFA, Liga A – Kumpulan 2 perlawanan bola sepak pusingan pertama antara Perancis dan Belgium di Parc Olympique Lyonnais di Lyon pada 9 September lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda