Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramai ramal zaman ‘kematian’ SRK

    Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menyifatkan lima tahun kebelakangan ini merupakan tahun terburuk dalam hidupnya.

    Selain filem terbitannya gagal mendapat sambutan di pawagam, Shah Rukh Khan, 59, juga turut berdepan masalah keluarga.

    Lebih mengecewakan lagi apabila ada sesetengah pihak melihat aktor ini mula melalui zaman kejatuhan.

    “Lima tahun sebelum ini adalah waktu yang sukar buat saya dan keluarga.

    “Selain berdepan dengan COVID-19, kebanyakan filem saya juga tidak menjadi. Ramai yang mula ramalkan zaman ‘kematian’ saya.

    Peminat terus memberi sokongan terhadap SRK. – mStar

    “Kemudian ada sesuatu yang tidak elok berlaku dalam kehidupan peribadi. Cuba untuk terus berdiam dan bekerja seperti biasa, namun perkara itu memberi impak kepada saya,” katanya memetik laporan mStar.

    Shah Rukh Khan berkongsi perkara itu ketika menerima Anugerah Indian of the Year 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

    Sebelum ini nama anak Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan terpalit kontroversi apabila ditahan atas dakwaan mengambil bahan terlarang ketika sedang bercuti dengan rakan-rakan di atas sebuah kapal layar.

    Aryan bagaimanapun dibebaskan selepas ujian air kencing didapati negatif.

    Sementara itu filem Pathaan juga pernah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak sensitif sehingga SRK pernah menerima ugutan bunuh. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda