MANCHESTER, 18 April – Matteo Darmian menyokong rakan sepasukannya di Manchester United, Marcus Rashford untuk menjadi antara penyerang terbaik dunia selepas menyaksikannya menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 di laman sendiri menewaskan pendahulu Liga Perdana, Chelsea. Rashford membuka jaringan di Old Trafford selepas menerima hantaran daripada pemain terbaik perlawanan, Ander Herrera, yang juga menjaringkan gol kedua