Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasovszky juara renang maraton

    PARIS, 9 OGOS – Atlet renang Hungary, Kristof Rasovszky, memenangi emas dalam acara Renang Maraton 10 Kilometer (km) Lelaki Olimpik di Sukan Paris, hari ini.

    Rasovszky mencatat masa 1 jam 50 minit 52.7 saat untuk menamatkan 2.1 saat di hadapan atlet renang Jerman, Oliver Klemet, dalam pertandingan di Sungai Seine.

    Hungary turut meraih satu lagi pingat gangsa menerusi David Betlehem.

    Rasovszky, penyandang juara dunia dan pemenang pingat perak di Tokyo, mengambil inisiatif awal, meraih pendahuluan pada pusingan kedua.

    Atlet renang berusia 27 tahun itu bertukar kedudukan dengan atlet renang Jerman selaku juara bertahan, Florian Wellbrock, akan tetapi muncul kembali di hadapan dalam pertandingan itu untuk meraih pendahuluan pada jarak 6.6km.

    Meskipun Wellbrock kurang menyerlah dalam pertandingan itu menduduki tempat kelapan, namun rakan senegaranya, Klemet, menyahut cabaran dan keluar daripada kelompok untuk mengejar Rasocszky.

    Tetapi atlet renang Hungary itu, yang digelar The Balaton Shark mempunyai tenaga dan taktik untuk memberikannya kelebihan bagi mengekalkan kedudukan menjelang penamat di jambatan Pont Alexandre III.

    Manakala rakan senegaranya, Betlehem, berada di tempat ketiga menewaskan Domenico Acerenza dari Itali. – AFP

    Reaksi Rasovszky semasa majlis penganugerahan bagi pertandingan akhir renang di Pont Alexandre III di Paris pada 9 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda