COPENHAGEN, 21 SEPT – Ratu Denmark Margrethe II telah diuji positif COVID selepas menghadiri upacara pengebumian Ratu Elizabeth II, kata istana diraja hari ini.
Dalam satu kenyataan, kerabat diraja berkata Margrethe, 82, yang telah menaiki takhta selama 50 tahun, membatalkan tugas rasminya selepas menjalani ujian malam kelmarin.
Istana berkata anak sulungnya, waris kepada takhta Putera Mahkota Frederik, dan isterinya, Puteri Mahkota, Mary, akan mengganti tempat Baginda dalam menganjur majlis makan malam bersama pegawai-pegawai kerajaan Belanda dan ahli parlimen. – AFP
