Wednesday, May 22, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bangladesh seru agar tidak gunakan AI dalam sistem senjata

    DHAKA, 30 APRIL – Menteri Luar Bangladesh, Hasan Mahmud menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak menggunakan kecergasan buatan (AI) dalam sistem senjata.

    Beliau lebih menggesa untuk menggunakan AI dalam bidang pertanian, sains perubatan, penerokaan angkasa lepas, perubahan iklim dan penciptaan pekerjaan.

    Hasan membuat gesaan itu semasa bercakap pada persidangan antarabangsa bertajuk Kemanusiaan di Persimpangan: Sistem Senjata Berautonomi dan Cabaran Peraturan di Vienna, kelmarin, kata kenyataan akhbar kementerian luar.

    Menteri luar negeri itu juga mencadangkan untuk menetapkan norma global untuk mengawal selia sistem senjata autonomi dengan berkesan serta menyeru semua orang supaya menjauhi sebarang senjata baharu termasuk senjata autonomi demi kemanusiaan.

    Menyoroti keadaan genting di Gaza, Hasan turut mengingatkan masyarakat antarabangsa supaya tidak membuka medan konflik dan ketegangan baharu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...