Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Karnival Kebudayaan Durin rancakkan ekonomi, pelancongan setempat

    SIBU, 29 APRIL – Kehadiran ribuan pengunjung bagi menyaksikan pelbagai acara menarik di tapak Karnival Kebudayaan Durin 2024 berjaya merancakkan lagi ekonomi serta sektor pelancongan setempat di kawasan itu.

    Karnival yang berlangsung selama tiga hari dari 26 hingga 28 April itu merupakan acara tahunan anjuran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) diadakan di pekan Durin, kira-kira 43 kilometer dari pusat bandar Sibu.

    “Pada hari perasmian semalam tidak kurang 4,000 pengunjung telah hadir ke tapak karnival untuk menyaksikan pelbagai acara yang menarik,” kata Pengerusi MDLBS, Sempurai Petrus Ngelai pada majlis penangguhan karnival berkenaan malam tadi.

    MDLBS percaya pihaknya telah berjaya mencapai sasaran menjadikan karnival ini sebagai platform bagi meningkatkan dan merancakkan ekonomi setempat serta sektor pelancongan tempatan dengan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar Sarawak serta peserta acara perlumbaan bot kawalan jauh dari Thailand, Brunei, Indonesia dan Semenanjung Malaysia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah pemergian Presiden Raisi

    NEW DELHI, 20 MEI - Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan kesedihan mereka atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas...