Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ronaldo akhiri kemarau gol

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 16 FEB – Cristiano Ronaldo menamatkan kemarau gol enam perlawanannya kelmarin ketika Manchester United bangkit daripada persembahan hambar pada separuh masa pertama untuk menewaskan 10 pemain Brighton 2-0 dan kembali ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Perlawanan hambar itu berubah secara mendadak pada awal separuh masa kedua, dengan Ronaldo menjaringkan gol pertamanya pada 2022 sebelum Lewis Dunk dibuang padang tiga minit kemudian.Tetapi pasukan tuan rumah masih gagal memanfaatkan peluang kelebihan itu untuk menambah jaringan gol mereka sehinggalah Bruno Fernandes menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan.

    Pasukan kendalian Ralf Rangnick terdahulu hanya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dalam tiga perlawanan sebelum ini dalam semua pertandingan, kehilangan mata penting dalam liga dan tersingkir dari Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti.

    Dalam wawancara sebelum perlawanan, pengurus sementara United telah bercakap tentang bagaimana dia mahu pasukannya menjadi lebih seperti Dr Jekyll dan kurang ego jahat seperti Dr Hyde.

    Pengurus Jerman itu berkata selepas perlawanan dia telah melihat kedua-dua pasukannya, yang bergelut untuk mencari konsistensi dan kelancaran di bawah kendaliannya.

    “Separuh babak pertama ialah Mr Hyde, babak kedua adalah Dr Jekyll dan keputusan kali ini adalah berbeza,” katanya. “Akhirnya apa yang penting adalah untuk mendapatkan tiga mata menentang pasukan yang berprestasi.” – AFP

    Reaksi Cristiano Ronaldo meraikan gol pembukaannya dalam perlawanan antara Manchester United dan Brighton kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...