Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Budak hilang sejak 2019 ditemui sembunyi bawah tangga

    SAUGERTIES, NEW YORK, 16 FEB – Seorang budak perempuan yang dilaporkan hilang pada 2019 ditemui bersembunyi di bawah tangga oleh pegawai yang menggeledah rumahnya di Hudson Valley, New York, kata polis semalam.

    Budak itu didapati berada dalam keadaan baik malam kelmarin di sebuah rumah di Saugerties, kira-kira 210 kilometer dari timur Cayuga Heights, di mana dia dilaporkan hilang pada Julai 2019, apabila dia berusia 4 tahun pada masa itu, menurut polis Saugerties.

    Polis berkata mereka pada mulanya mengesyaki dia telah diculik oleh ibunya yang tidak mempunyai hak jagaan ke atasnya.

    Pegawai yang menjalankan penggeledahan menemui budak perempuan itu bersembunyi bersama ibunya dalam kurungan sejuk dan basah di bawah tangga tingkat bawah tanah selepas mencari selama sejam. Mereka ternampak kaki budak perempuan selepas memindah beberapa tangga kayu, menurut polis.

    Paramedik mendapati budak itu berada dalam keadaan sihat. Dia diserahkan kepada penjaga sah dan bersatu semula dengan kakaknya.

    Ibunya yang sudah bercerai dan individu ketiga didakwa campur tangan dan membahayakan kebajikan seorang budak. – AP

    Gambar serahan Jabatan Polis Saugerties menunjukkan tempat budak perempuan ditemui bersembunyi di bawah tangga oleh pegawai yang menggeledah sebuah rumah di Hudson Valley, New York. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...