Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    RSAF gantung latihan F-16 selepas insiden jet terhempas

    SINGAPURA, 9 MEI – Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah menggantung sementara latihan armada F-16 sebagai langkah keselamatan selepas insiden terhempas, kelmarin.

    Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan berkata latihan akan ditangguhkan sehingga siasatan mengesahkan bahawa ia selamat untuk disambung semula.

    “Siasatan terperinci sedang dijalankan dan maklumat terkini akan disediakan,” menurut kementerian itu.

    Sebuah jet pejuang F-16 RSAF terhempas di Pangkalan Udara Tengah selepas mengalami masalah ketika berlepas pada 12:35 tengah hari, kelmarin.

    Bagaimanapun, juruterbang yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius selepas menjalani pemeriksaan perubatan penuh.

    “Juruterbang itu berada dalam keadaan sedar dan stabil. Anggota tentera itu adalah juruterbang berpengalaman dengan lebih 2,000 jam penerbangan dalam pesawat F-16,” kata MINDEF.

    Menurut kementerian itu, juruterbang berkenaan menghadapi masalah kawalan penerbangan selepas berlepas dari landasan di Pangkalan Udara Tengah untuk penerbangan latihan rutin.

    Dalam kenyataan sebelumnya, MINDEF menyatakan bahawa juruterbang itu bertindak mengikut prosedur kecemasan dan berjaya keluar dari pesawat dengan selamat selepas insiden tersebut. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...