Oleh Imelda Groves HA BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Kira-kira 70 orang jemaah Masjid RPN Lambak Kanan termasuk jemaah wanita menyertai riadah amal sempena Hari Keluarga Kebangsaan yang berlangsung di kawasan masjid berkenaan, hari ini. Acara tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid RPN Lambak Kanan dengan kerjasama MK Fashion Sport House & Embroidery.