Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Siti Saleha sah bercerai talak satu

    Selepas tiga bulan turun naik mahkamah, pelakon Siti Saleha akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada hari Isnin.

    Lafaz cerai dilakukan Ahmad Lutfi di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim kira-kira pukul 10:30 pagi.

    Terdahulu, Siti Saleha hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna hitam ditemani ibu, bapa dan peguamnya, Azmi Mohd Rais.

    Manakala Ahmad Lutfi hadir memakai sut hitam ditemani dua peguam.

    Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ketika ditemui kelihatan tenang dan menganggap jodohnya dengan Ahmad Lutfi tidak panjang.

    “Hari ini Alhamdulillah kami sudah bercerai cara baik, jodoh kami tak panjang… sampai sini sahaja.

    “Tiada apa-apa yang boleh saya ulas, cuma kami tiada kesefahaman,” ujarnya kepada mStar.

    Pada 13 Oktober lalu, Siti Saleha mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perceraiannya dengan Ahmad Lutfi.

    Untuk rekod Siti Saleha dengan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata. – Agensi

    Selepas tiga bulan turun naik mahkamah, pelakon Siti Saleha akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...