Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Program makanan sedunia beroperasi semula di Sudan Barat

    KHARTOUM, 17 JAN – Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin memutuskan untuk menyambung semula operasinya di Negeri Darfur Utara, Sudan barat selepas dihentikan kira-kira dua minggu.

    Pengarah Negara WFP, Eddie Rowe mengumumkan penyambungan semula pengedaran makanan di kawasan berbeza di Darfur Utara, lapor Xinhua memetik agensi berita SUNA yang dikendalikan kerajaan.

    Rowe mengecam rampasan dan serangan baru-baru ini ke atas gudang agensi itu di ibu negara El Fasher, menekankan keperluan untuk menangkap pelaku dan membawa mereka ke muka pengadilan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...