Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Song Hayoon dedah sebab tidak tegur Park Minyoung di set

    Song Ha-yoon telah menceritakan pengalamannya berlakon dalam Marry My Husband.

    Menurut kenyataan portal Kimchi Daily, baru-baru ini, Song Ha-yoon dan Lee Gi-kwang telah muncul dalam rancangan Knowing Bros, di mana mereka telah menceritakan pengalaman berlakon dalam Marry My Husband.

    Song Ha-yoon berkata, “Saya ambil masa setahun untuk mendalami dan memahami watak Jung Soo-min. Bila penggambaran dimulakan, saya terlalu mendalami watak itu sampai saya tak rasa sakit pun bila kena tampar.”

    “Saya juga tinggalkan media sosial dan elakkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan saya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya sebagai penjahat,” tambahnya.

    Sambungnya lagi, “Masa di set penggambaran pun saya tak bertegur sapa dengan Park Min-young. Ianya kerana, macam yang kita tahu Jung Soo-min sangat bencikan Kang Ji-won, sebab itu saya tak tegur Park Min-young supaya saya dapat mendalami watak itu dengan baik lagi.” – Agensi

    Ha-yoon dan Gi-kwang baru-baru ini muncul dalam rancangan Knowing Bros. – Kimchi Daily
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...