Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    SpaceX lancar misi ke kutub

    WASHINGTON, 14 OGOS – SpaceX bakal melakar sejarah baharu dalam penerokaan angkasa lepas dengan pelancaran misi manusia pertama ke kutub, yang akan diketuai oleh usahawan kripto terkenal, Chun Wang, pada akhir tahun ini, menurut syarikat itu, kelmarin.

    Misi yang dinamakan Fram2 itu mengambil sempena nama sebuah kapal ekspedisi kutub abad ke-19, dijangka berlangsung selama tiga hingga lima hari, yang telah dibiayai oleh Wang, pengasas f2pool dan stakefish, dengan jumlah yang tidak didedahkan.

    Wang akan diiringi oleh tiga pakar kutub iaitu pembuat filem Norway, Jannicke Mikkelsen, penyelidik robotik Jerman, Rabea Rogge dan pengembara kutub Australia, Eric Philips.

    Misi itu menandakan perkembangan terkini dalam industri pelancongan angkasa swasta yang kian pesat berkembang di Amerika Syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    “Daripada cadangan misi, perancangan, reka bentuk trajektori, hinggalah pemilihan kru, semuanya telah dikendalikan oleh pelanggan,” kata Wang, yang dilaporkan lahir dan dibesarkan di China tetapi kini merupakan warganegara Malta, dalam satu hantaran di X.

    “Bab baharu dalam penerokaan angkasa lepas kini terbuka di hadapan mata kita,” tambahnya.

    Sebelum ini, satelit pernah melintasi kutub, namun, menurut pakar astrofizik, Jonathan McDowell, usaha sampai ke kutub memerlukan tenaga yang lebih tinggi disebabkan putaran bumi, selain isu radiasi yang turut dihadapi.

    “Sehingga kini, kecondongan tertinggi yang pernah dicapai dalam penerbangan angkasa manusia adalah misi Soviet Vostok 6, pada 65°,” kata McDowell dalam laman web misi. – AFP

    Roket SpaceX ketika berlepas dari Kompleks Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy NASA, Florida, pada 25 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda