Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Subsidi penerbangan rapatkan hubungan keluarga di Sabah

    KOTA KINABALU, 28 JAN – “Dapat jumpa dan sambut perayaan dengan mama juga ayah,” merupakan reaksi yang paling banyak diperolehi kepada ketika Bernama membuat tinjauan tentang impak subsidi tiket penerbangan musim perayaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA), baru-baru ini.

    Menerusi subsidi penetapan harga siling RM499 laluan dari Semenanjung ke Sabah, kisah pertemuan semula keluarga yang lama tidak bertemu kerana kekangan kos tinggi kini menjadi kenyataan, membuktikan inisiatif ini bukan sekadar subsidi tetapi jambatan menghubungkan kasih sayang antara anggota keluarga.

    Simon Poon Lee Zhe, 28, juruteknik di Cheras, Kuala Lumpur berkata harga tiket mahal terutama ketika perayaan membantutkan hasrat warga Sabah bertugas di Semenanjung untuk pulang, dan menyebabkan mereka tidak dapat bertemu orang tersayang sejak sekian lama malah bertahun lamanya.

    Menceritakan pengalamannya beliau yang berasal dari Manggatal pernah menghabiskan lebih RM6,000 untuk membeli tiket penerbangan buat dirinya, isteri dan dua anak pada dua tahun lepas bagi pulang menyambut Tahun Baharu Cina, sebelum subsidi penerbangan itu diperkenalkan kerajaan. Dengan subsidi ini, saya hanya perlu bayar kira-kira RM3,900 untuk penerbangan pergi balik. Ini sangat membantu kewangan kerana sudah dua tahun saya tidak dapat balik beraya kerana kos yang tinggi. Tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul makan besar sama-sama,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda