Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah runtuh, banjir bunuh 9 di utara Vietnam

    HANOI, 8 OGOS – Sembilan orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di wilayah pergunungan utara Vietnam bulan ini, lapor Agensi Berita Vietnam hari ini.

    Sebanyak 121 rumah rosak dalam tempoh 1 hingga 8 Ogos, manakala 10 rumah terpaksa dipindahkan segera, kata laporan itu memetik Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

    Kira-kira 170 lokasi di wilayah itu terhakis, menyebabkan kesesakan lalu lintas, menurut laporan itu. Hujan lebat diramal berterusan sehingga 17 Ogos di wilayah utara, menurut Pusat Ramalan Hidro-meteorologi Kebangsaan.

    Bencana alam di negara Asia Tenggara itu menyebabkan 111 orang terkorban dan hilang sejak awal tahun ini hingga 5 Ogos, jumlah tertinggi dilaporkan bagi tempoh yang sama dalam tempoh lima tahun, kata Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Pencegahan dan Kawalan Bencana Alam. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda