Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Tatum bantu Celtics benam Nets

    NEW YORK, 26 APRIL – Jayson Tatum menjaringkan 29 mata ketika Boston Celtics melengkapkan siri kemenangan 4-0 untuk menyingkirkan Brooklyn Nets daripada perlawanan playoff NBA kelmarin.

    Kevin Durant mempamerkan prestasi cemerlang dengan memperoleh 39 mata untuk Nets tetapi ia tidak cukup untuk menghalang barisan pemain Celtics daripada melakar kemenangan 116-112 di Pusat Barclays di Brooklyn.

    Serangan yang seimbang daripada pasukan Boston dan pertahanan yang kuat sekali lagi membuktikan ia terlalu sukar untuk Brooklyn, yang ketinggalan dari awal hingga akhir perlawanan apabila rali lewat dari pasukan tuan rumah hanya berlangsung singkat.

    “Kami tahu siapa yang kami hadapi, kami tahu betapa berbakatnya mereka dan kami tahu ia akan menjadi pertarungan sengit,” kata Tatum, yang bertahan masa dua minit terakhir selepas mengasari ketika Nets mendahului pasukan Celtics.

    “Ia adalah keputusan 4-0 tetapi setiap perlawanan berbolak-balik dan sukar. Kami hanya percaya pada pasukan kami. Kami mengambil satu perlawanan pada satu masa dan tidak terlalu memikirkan yang belum berlaku,” tambah Tatum.

    Aksi Jayson Tatum (kanan) dalam percubaan untuk melepasi Kevin Durant semasa perlawanan suku pertama playoff NBA antara Boston Celtics dan Brooklyn Nets di Pusat Barclays. – AFP

    Tatum adalah salah seorang daripada lima pemain Celtics yang berjaya memperoleh dua angka mata, dengan Jaylen Brown juga memperoleh 22 mata dan Marcus Smart menambah 20 mata dengan 11 assist.

    Grant Williams melakukan empat jaringan three-point dengan mendapatkan 14 mata manakala Al Horford menambah sebanyak 13 mata.

    Pasukan pilihan kedua, Boston kini akan menentang sama ada dengan juara bertahan NBA, Milwaukee atau Chicago dalam perlawanan separuh akhir Eastern Conference.

    Celtics berjaya menewaskan Brooklyn, yang dianggap sebagai pesaing kejohanan sebelum musim adalah lebih luar biasa memandangkan Boston yang kelihatan seperti tidak peduli mengenai prestasi.

    Sementara itu pada Februari lalu, Boston merosot di tempat kesembilan dalam Eastern Conference, jauh di luar kedudukan dalam perlawanan playoff secara automatik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...