Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Fizi Ali akui sedang mengenali seorang wanita

    Empat bulan bercerai, penyampai radio Suria FM Fizi Ali mengakui dia kini sedang mengenali seorang wanita namun hubungan tersebut masih dalam fasa berkawan sahaja.

    Menurut Fizi, 33, dia masih belum memikirkan untuk mempunyai hubungan yang serius buat masa ini tetapi tidak menolak jika dipertemukan jodoh dalam waktu terdekat.

    “Kalau tanya jujur, ya saya ada kenal dengan seorang wanita ini. Tapi saya tak ada la sampai nak ke arah yang lebih serius sebab hati saya masih kosong kerana anak jauh.

    “Buat masa ini, apa yang saya ada hanyalah kerja dan kawan. Ini bukan rebound tapi kami memang sekadar kawan sahaja. Kalau nak ke arah lebih serius itu, Alhamdulillah.

    “Tapi kalau tak jadi apa-apa pun, mungkin sampai di situ sahajalah. Siapa individu itu dan di mana kami berkenalan biarlah rahsia,” kata Fizi Ali kepada mStar.

    Fizi Ali mengakui dia kini sedang mengenali seorang wanita namun hubungan tersebut masih dalam fasa berkawan sahaja. – Agensi

    Fizi ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan video muzik (MV) lagu raya Suria FM berjudul Pelukan Aidilfitri di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Isnin.

    Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

    Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan dia dan bekas isterinya Shakilla mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun bersama.

    Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM ini mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram, selepas mengumumkan tentang perceraiannya pada penghujung tahun lalu.

    Fizi berkata, kebanyakan mesej yang diterima itu merupakan kata-kata semangat daripada pelbagai individu, termasuk mereka yang sudah berkahwin dan bertunang.

    “Jujurnya, ramai DM saya lepas saya cerai. Tunang orang, isteri orang, lelaki pun ada. DM yang saya terima itu berupa kata-kata semangat. Contohnya ‘Fizi janganlah sedih, saya kan ada.’

    “Kebanyakan yang DM tu bukanlah kenalan saya. Saya memang tak kenal mereka. Niat mereka pun mungkin bukanlah untuk ‘try’ saya tapi lebih kepada memberi kata-kata semangat,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...