Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TFC bakal berdepan tugas getir

    KUALA NERUS, 9 OGOS – Skuad Penyu mengakui bakal berdepan tugas getir apabila bertemu pasukan The City Boys di Stadium Cheras, malam esok.

    Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner berkata beliau menyedari skuad bimbingan Miroslav Kuljanac ketika ini berada dalam momentum terbaik selepas mencatat tiga kemenangan dan satu seri dalam empat perlawanan terakhir Liga Super.

    Beliau berkata, selepas enam perlawanan, hanya satu mata memisahkan TFC yang berada di tempat ketiga dan KL City FC di kedudukan keempat Liga Super.

    “KL City ialah pasukan yang sangat bagus dengan ramai pemain berpengalaman.

    “Tetapi, saya memilih untuk fokus lebih pada pasukan saya persediaan untuk memenangi perlawanan itu.

    “Saya menjangkakan tentangan yang sengit dari pihak lawan esok. Ya, kita kalah pada separuh akhir Piala FA, tetapi pemain kita dalam kondisi yang baik dan kami
    bertekad membawa pulang tiga mata,” katanya ketika dihubungi. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda