Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Thailand tingkat keselamatan di selatan

    PATTANI, 30 DIS – Pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan keselamatan di destinasi utama pelancongan di semua wilayah selatan Thailand menjelang sambutan ambang tahun baharu pada Sabtu. 

    Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark berkata anggota keselamatan ditempatkan di destinasi pelancongan termasuk pantai, pusat membeli-belah dan pusat hiburan memandangkan peningkatan ketibaan pelancong. 

    “Kita akan berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan para pelancong dan pengunjung terjamin,” katanya kepada pemberita. Setakat ini, Santi berkata tiada maklumat anggota pemberontak akan melakukan serangan dan sabotaj.

    “Sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan akan dilakukan di kawasan berisiko. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...