Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak sengaja

    (Siri 5)

    Oleh Dino MN –

    Pagi itu baru saja jam 8 pagi…cuaca cerah, sinar mentari yang memancar ke seluruh alam terasa begitu segar.

    Burung-burung berbunyi dengan berbagai siulan yang nyaring menerbitkan nada indah sambil bertenggek di dahan pohon bunga di taman rumahnya. Norhana memerhatikan gelagat pekerjanya yang begitu rajin memelihara tanaman bunganya.

    Di belakang rumahnya, Bu Hajah Maidah baru saja selesai membakar daun-daun dan rumput kering yang dipotong suaminya tiga hari yang lalu. Asap parunannya berkepul-kepul tebal memutih naik ke angkasa.

    “Jangan belama-lama di belakang rumah tu…kitani kan jalan ni,” kedengaran suara suaminya dari dalam rumah. Dia bergegas berhenti dan terus masuk ke rumah melalui pintu dapur. Lewat jam 9 pagi mereka terus jalan ke arah yang dituju.

    “Abang tahu tak apa sebab Norhana minta kita datang ke rumahnya?” tanya isterinya.

    Gambar Freepik
    Sebuah ambulan dengan bunyi siren yang kuat datang ke sebuah rumah berhampiran projek yang dibuatnya. – Envato

    “Abang pun tak tahu…” jawabnya pendek. Kedua mereka tertanya-tanya tanpa jawapan yang pasti. Dia dipanggil untuk datang ke rumah Norhana. Pak Haji memakai baju T bertaris-taris hitam dan putih. Semantara Bu Hajah Maidah memakai baju blaus berwarna maroon dan berkain hitam. Sepanjang perjalanan mereka asyik berbual-bual sehingga akhirnya mereka berdua tiba di rumah Norhana.

    Dia baru saja selesai membaca Al-Quran selepas solat Subuh tadi. Jam baru saja menunjukkan pukul 8 pagi. Isterinya memanggilnya untuk sarapan. Di meja dapur, Said dan pak haji berbual bersama isterinya tentang bagaimana bapa mereka tidak sengaja dilanggar oleh Norhana dan memberi pertolongan dan sanggup memperbaiki kereta bapanya luar dan dalam sehingga nampak seperti baharu. Bahagian dalamnya saja jika ditaksirkan semuanya mungkin mencecah puluhan ribu ringgit.

    “…aku pun tak mampu mengubahsuai dengan semua perkakas dalaman kereta bapa dengan harga sebegitu..,” katanya kepada isterinya. “Sungguh baik hati Norhana dan pemurah lagi,” katanya dalam hati.

    “Semuanya berlaku dengan tidak sengaja,” kata isterinya. Dia melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 11 suku.

    “Kita hari ini mau makan apa ya? terasa malas juga untuk memasak ni”.

    “Jika begitu kita makan di luar sajalah,” kata Said pada isterinya.

    “Kita panggil kak Jalia makan sama”.

    “Oklah…” jawab isterinya. Dia terus ke bilik untuk bersiap-siap mengenakan pakaian yang agak ringkas. Sementara Said menghubungi kakaknya menyatakan yang dia mengajak kakaknya makan tengah hari di luar.

    Pak Haji dan Bu Hajah Maidah baru saja sampai di rumah kira-kira lewat jam 5 petang.

    Sebelum itu mereka berdua sempat singgah di Pasar Malam Gadong yang beroperasi seawal jam tiga petang untuk membeli makanan hendak dibawa balik sebab nanti malam tidak perlu memasak lagi.

    Pagi-pagi lagi Pak Haji sudah menghidupkan enjin keretnya, kerana dia hendak ke projek binaan di kampung Lugu yang hampir siap. Lepas itu dia akan terus ke Perumahan Mengkubau untuk melihat projek tambahan rumah. Projek itu tidaklah besar sangat. Tapi bolehlah untuk menambah rezeki dan menampung keperluan kehidupan seharian.

    Sebelum itu pada dua hari yang lalu pak haji ke kampung Sungai Liang untuk menemui pelanggannya yang hendak membina rumah baharu dan telah pun bersetuju dengan syarat dan harga yang ditawarkan kepada pelanggannya.

    Pelanggannya mahu syarikat kontraktornya menyediakan pelan pembinaan rumahnya bersesuaian dengan struktur tanah tempat dia membina rumah baharunya. Pada mulanya pak haji tidak mahu menerima projek itu. Tapi dia terpaksa juga sebab pelanggannya mahukan juga syarikat Pak Haji untuk membuatnya.

    “Insyallah syarikat saya akan membuat yang terbaik…,” katanya setelah semua syarat dipersetujui.

    Setelah setengah jam enjin keretanya dihidupkannya Pak Haji sudah mahu jalan ke arah yang dirancangnya tadi. Kereta Pajeronya yang lama tetapi sudah seperti kereta baharu yang mewah setelah diubahsuai oleh Norhana akibat kemalangan yang berlaku. Dia sampai di projek rumah di Kampung Lugu dan memeriksa keadaan projek yang dibuatnya.

    “Semua telah siap dibuatkan Pak Haji…hari ini menyiapkan sambungan paip air saja,” kata pekerjanya yang juga selaku pormen. Pak Haji masuk ke dalam rumah yang dikatakan siap oleh pekerjanya itu. Selepas meninjau semuanya dia merasa puas hati. Baru saja Pak Haji hendak keluar, sebuah ambulan dengan bunyi siren yang kuat datang ke sebuah rumah berhampiran projek yang dibuatnya.

    Dalam hatinya pasti ada jiran yang berhampiran mengalami musibah. Pekerjanya segera menghampiri ke situ. Pak Haji melihat pekerja medik ambulan mengangkat seorang budak perempuan diiringi ibunya yang menangis kuat kerana kesakitan. Mengikut kata pekerjanya yang sempat ke rumah jiran itu mengatakan yang budak perempuan yang berumur enam tahun itu diserang dan digigit anjing liar yang berkeliaran sekitar perumahan Kampung Lugu.

    Tindakan untuk menghapuskan anjing liar itu tidak boleh disebabkan anjing-anjing itu kononnya dilindungi tapi kehidupan warga di kawasan perumahan pula terancam. Mereka cemas dengan kedatangan anjing yang tidak bertuan itu yang saban malam menyelongkar sampah di sekitar perumahan.

    Pak Haji pula mula akan pergi ke Perumahan Mengkubau untuk melihat rumah yang mahu diubahsuai. Pekerjanya juga ikut untuk melihat projek yang akan dibina.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda