Bapa kepada Tom Holland mengesahkan pelakon itu sudah mengikat tali pertunangan dengan aktres Zendaya.
Dominic Holland, 57, memaklumkan Tom juga sudah bertemu dengan bapa Zendaya berhubung niatnya mahu memperisterikan aktres tersebut.
Malah Tom dan Zendaya sudah merancang mengenai majlis perkahwinan mereka.
“Seperti yang semua tahu, Tom memang sangat bersedia (bergelar suami) dan sudah pun membeli sebentuk cincin buat Zendaya.
“Tom juga sudah bertemu dengan bapa Zendaya bagi mendapatkan kebenaran berkahwin dengan anak perempuannya.
“Tom sudah merancang semuanya! Tarikh, lokasi, pakaian dan ucapannya nanti,” katanya.
Sebelum ini, Zendaya, 29, mencetuskan khabar angin sudah bertunang apabila dia menghadiri Anugerah Golden Globes dengan memakai cincin berlian berkilauan di jari manisnya.
Untuk rekod, Tom, 29, dan Zendaya mula rapat ketika bertemu di set filem Spider-Man: Homecoming pada tahun 2016 dan memaklumkan percintaan mereka pada 2021.