HONG KONG, 5 FEB — Sebuah teater tradisional Hong Kong menjadi meriah apabila mencuba persembahan baru: Donald Trump menyanyi dalam bahasa Cina.
Baru-baru ini, satu produksi opera Kantonis Trump on Show berjaya menarik ramai penonton ke Teater Sunbeam yang akan ditutup tidak lama lagi.
Teatar yang telah bertahan selama lebih setengah abad itu melancarkan persembahan dengan pendekatan baharu bertajuk Trump, The Twins President memaparkan adegan tentang kembalinya Trump ke jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) dan juga suasana pilihan raya 2024.
Beberapa orang muda hadir untuk merasai seni tradisional Cina yang menampilkan nyanyian dalam bahasa Kantonis, bahasa ibunda kebanyakan warga Hong Kong.
Semasa persembahan berkenaan, pelakon opera, Lung Koon-tin melakonkan watak Trump, memakai rambut palsu berambut perang.
Sementara Roger Chan, yang memakai blazer dan rantai mutiara, memainkan watak bekas Naib Presiden AS Kamala Harris, yang tewas kepada Trump dalam pilihan raya.
Produksi berkenaan, yang memulakan kerjaya pada 2019 semasa penggal pertama Trump, berjaya menceriakan penonton dan mendapat sambutan yang meriah.
“Ini melucukan kerana ia menghimpunkan elemen berbeza yang tidak berkaitan seperti pengembaraan masa, China dan AS,” kata salah seorang penonton, Yvonne Fok.
Seorang lagi penonton, Ethan Wu, pelajar universiti mengatakan persembahan itu unik.
“Opera Kantonis dan Donald Trump adalah perkara yang sama sekali berbeza dan mustahil untuk menggabungkannya.,” kata Wu. – AP