Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    UAE luluskan projek gas mega

    DUBAI, 5 OKT – Gergasi tenaga milik Emiriah Arab Bersatu (UAE), ADNOC hari ini mengumumkan pemberian kontrak untuk membina projek gas utama, hanya beberapa minggu sebelum negara Teluk itu menjadi tuan rumah persidangan iklim COP28.

    Syarikat itu berkata ia akan melabur dalam medan luar pesisir Hail dan Ghasha, dengan berjanji bahawa ia akan menjadi ‘projek pertama di dunia yang bertujuan untuk beroperasi dengan pelepasan sifar bersih’.

    Kedua-dua kontrak itu, yang ditandatangani pada hari terakhir Pameran Tenaga Abu Dhabi, mempunyai nilai anggaran keseluruhan sebanyak AS$16.9 bilion, menurut syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

    Kerja-kerja pembinaan di tapak itu telah diserahkan kepada usaha sama antara Syarikat Pembinaan Petroleum Nasional yang berpangkalan di Abu Dhabi dan Saipem dari Itali.

    Sebuah lagi syarikat Itali, Tecnimont, akan bertanggungjawab terhadap infrastruktur darat.

    ADNOC berkata projek itu termasuk ‘teknologi penyahkarbonan inovatif’ untuk menangkap dan menyimpan 1.5 juta tan CO2 setahun. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...