Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    UK berdepan mogok kesihatan terbesar

    LONDON, 6 FEB – Jururawat dan kakitangan ambulans menuntut gaji lebih baik hari ini untuk memerangi krisis sara hidup United Kingdom (UK) dengan melancarkan mogok perkhidmatan kesihatan terbesar.

    Mogok – sebahagian daripada gelombang tindakan industri di seluruh ekonomi UK – akan melihat jururawat dan paramedik mengambil tindakan pada hari yang sama buat pertama kalinya.

    Jururawat berkata gaji mereka gagal menyaingi inflasi sejak sedekad lalu, mengakibatkan mereka gagal membayar bil di tengah kos minyak, makanan dan perumahan semakin meningkat.

    Mereka mengingatkan jururawat berkelayakan akan meninggalkan kerja secara beramai-ramai disebabkan tekanan kewangan membawa kepada kekurangan kakitangan yang menjejaskan penjagaan pesakit.

    “Kami bekerja 24/7, melakukan kerja tiga orang,” kata jururawat pelatih Victoria Busk yang bekerja di wad trauma di Hospital Ratu Elizabeth di Birmingham, tengah England.

    “Saya suka kerja saya, saya suka kerja yang saya lakukan, membawa perubahan kepada pesakit. Namun saya tidak dapat membayangkan melakukannya sehingga saya berusia 60 tahun,” katanya.

    Minggu lalu, setengah juta orang termasuk guru, pekerja pengangkutan dan kakitangan Sempadan Negeri di pelabuhan dan udara UK juga berhenti kerja disebabkan isu gaji.

    Kesatuan Kolej Kejururawatan Diraja (RCN) berkata mogok hari ini akan menjejaskan jururawat dalam satu pertiga daripada hospital di England dan Wales. – AFP

    Jururawat Hospital St Thomas berdiri di barisan piket di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...