Wednesday, May 1, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Isteri Shahz Jaszle tak cemburu

    Pelakon Shahz Jaszle, 35, menjelaskan mengapa perjalanan kerjayanya seperti sepi ketika namanya berada di puncak kegemilangan.

    Menerusi temu bual bersama program hiburan popular, Melodi di TV3, Shahz atau nama sebenarnya, Shahrizal Jaszle Jasmin berkata perkara itu disebabkan dirinya sudah berumah tangga dan lebih memilih privasi dalam kehidupan.

    “Sebenarnya, sebab saya sudah berumah tangga, anak pun dah dua. Saya ‘lay low’ lah, kehidupan pun berubah.

    “Saya lebih kepada keluarga dan kehidupan privasi.

    “Berlakon tetap macam biasa, tak lepak luar, tiada lagi ‘social life’.

    Shahz Jaszle menjelaskan mengapa perjalanan kerjayanya seperti sepi ketika namanya berada di puncak kegemilangan. – Agensi

    “Sekarang tengah buat ‘comeback’ dari segi berlakon. Alhamdulillah, saya juga ke arah perniagaan,” katanya.

    Shahz berkata dia tidak berminat untuk mencipta kontroversi, malah tidak pernah lari daripada media dalam memberikan sebarang penjelasan.

    “Buat masa ini, tiada (kontroversi). Sekarang, semuanya isteri yang uruskan. Orang cakap lebih selamat.

    “Saya sudah malas berdepan kontroversi. Dahulu pun bukan saya cipta kontroversi, orang lain lakukan untuk saya.

    “Buat apa saya nak selindung dan lari, kalau benda tiada apa pun. Insya-Allah, semuanya akan baik,” kongsinya.

    Sering mendapat perhatian setiap kali bergandingan dengan mana-mana aktres, pelakon drama Bila Hati Memilih Dia itu memberitahu isterinya, Hanis Husna tidak cemburu kerana sangat memahami.

    “Saya tak rasa risau, kebanyakan heroin gandingan isteri kenal. Kami memang kawan, bila keluar, lepak sekali pun tiada masalah.

    “Isteri tak cemburu, satu perkara yang perlu tahu, nak jaga perhubungan adalah dengan tidak berselindung mesej atau selindung kata kunci. Isteri ada kata kunci telefon, jadi tiada apa yang nak disorok.

    “Ada juga orang bertanya isteri saya tak cemburu kalau saya bergambar bersama peminat, isteri tak kisah.

    “Saya bersyukur isteri sangat memahami.

    “Dia juga tidak mengongkong, tetapi suruh saya cari duit lagi adalah,” jelas Shahz. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...