Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Usah bersikap lantang bicara aib orang

    Pelakon Izzue Islam selesa bersikap neutral dan tidak menolak bekerjasama dengan pelakon yang pernah terpalit dengan kontroversi meskipun pendiriannya bakal mengundang risiko.

    Bahkan, kata Izzue, dia juga tidak mahu masuk campur dan enggan menghakimi sesiapa kerana apa yang berlaku bukan urusannya.

    “Kalau tawaran berlakon datang dan digandingkan dengan artis dihambat kontroversi, saya tidak kisah. Saya anggap itu rezeki.

    “Kenapa nak kena tolak tawaran, sedangkan pelakon berkenaan tiada masalah dengan saya?

    “Saya tak suka bermusuh atau mengasingkan diri. Mungkin artis itu bermasalah, tapi dia tiada masalah dengan saya.

    Izzue tak mahu masuk campur dan enggan menghakimi sesiapa kerana apa yang berlaku bukan urusannya. – xtra

    “Saya terima sahaja kalau gandingan atas kehendak produksi ataupun permintaan stesen TV sama ada drama, produk ataupun apa-apa acara.

    “Lagipun, kita tidak duduk dalam kasut mereka dan tak tahu perkara sebenar. Justeru, tak perlulah kita tuding jari kepada sesiapa,” katanya kepada BH Online.

    Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan mengulas kontroversi membabitkan isu pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap khalwat, baru-baru ini.

    Tambah pelakon drama bersiri, Helo, Saya Anak Uncle! itu, dia juga bimbang bersikap lantang dalam membicarakan aib orang lain kerana tidak mahu perkara itu memakan diri sendiri.

    “Jujurnya, perasaan risau tetap ada. Perasaan itu juga perlu ada dalam setiap orang supaya kita lebih peka dalam setiap keadaan. Kenapa saya tidak lantang bersuara mengenai kontroversi ini kerana bimbang orang akan ‘tembak’ semula bila perkara sama berlaku kepada saya.

    “Sekarang ini rakan sedang diuji, tak kiralah siapa salah, benar atau memulakannya. Jadi, kita doakan semoga mereka dapat jalani ujian dengan baik dan semuanya dipermudahkan,” ujarnya ditemui pada majlis berbuka puasa bersama peminat di sebuah kafe, di sini, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...