Tuesday, February 4, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha mencari mangsa tragedi pesawat diteruskan

    WASHINGTON, 3 FEB – Operasi untuk menemukan bangkai pesawat daripada pertembungan maut antara helikopter Tentera AS dan pesawat penumpang diteruskan kelmarin, dengan pasukan penyelamat menyatakan bahawa 55 mangsa telah dikenal pasti setakat ini.

    Puluhan mangsa telah dikeluarkan dari Sungai Potomac yang beku dan penyelamat berkeyakinan bahawa mereka yang masih tinggal akan dapat ditemui dalam operasi besar-besaran untuk memulihkan pesawat yang bertembung di udara dengan helikopter tentera Black Hawk.

    Ketua bomba Washington, John Donnelly, berkata bahawa cebisan tubuh manusia daripada beberapa daripada 67 orang yang terbunuh dalam kemalangan tersebut telah ditemui ketika usaha dilakukan untuk mengangkat badan pesawat dan mayat tersebut telah dibawa ke pemeriksa perubatan.

    “Esok, akan ada operasi mengangkat bangkai pesawat yang berada di dalam air,” katanya dalam satu taklimat, kelmarin. – AFP

    Sebuah pesawat Airbus A319-132 milik American Airlines bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan sementara sebuah kren bergerak ke tempatnya di Sungai Potomac untuk usaha pemulihan pada 2 Februari di Arlington, Virginia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda