Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Victoria akhirnya bersuara isu buang tatu nama suami

    Bekas penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham menjawab spekulasi berhubung dakwaan membuang tatu nama suami, David Beckham di pergelangan tangannya.

    Menurut Victoria, 48, dirinya sudah membuang beberapa tatu pada tubuh badannya sejak setahun lalu dan ia bukanlah pertama kali dia melakukannya.

    “Ia hanya tidak kelihatan begitu cantik. Tidak ada maksud lain lebih daripada itu,” katanya menerusi program Today with Hoda & Jenna.

    Memetik laporan E News, tatu yang ada pada tubuh Victoria sudah terlalu lama dan bertukar warna kebiruan. Tidak puas hati dengan penampilan itu, Victoria mengambil keputusan menghapuskannya.

    “Saya agak muak dengan tatu itu,” katanya ringkas.

    Terdahulu, hubungan pasangan selebriti Hollywood itu dikatakan mempunyai masalah selepas Victoria membuang tatu yang ada di tengkuk hingga punggungnya sebagai ungkapan cinta kepada suami.

    Tatu tersebut merupakan kalimah dalam Bahasa Ibrani yang bermaksud ‘Aku adalah milik kekasihku dan kekasihku adalah milikku’. – Agensi

    Victoria Beckham menjawab spekulasi tentang buang tatu nama suami. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...