Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Wajah Stevie Agnecya dalam keadaan tersenyum

    Suami kepada Stevie Agnecya masih terkejut dan meluahkan rasa rindu terhadap selebriti Indonesia yang meninggal dunia pada 21 Mac lalu.

    Anggi Pratama memberitahu arwah seorang isteri dan ibu yang sempurna dan baik kepada dia serta anak-anak mereka.

    “Sebagai seorang isteri awak telah menjalankan tugas dengan baik dan sebagai ibu awda sempurna. Tiada kurang di mata saya.

    “Terima kasih untuk segala-galanya. Saya tidak pernah minta lebih daripada ini.

    “Jika ‘pergi’ adalah jalan terbaik supaya kamu tidak menderita, insya-Allah saya ikhlas,” katanya memetik laporan mStar.

    Anggi rindukan isterinya dan meluahkan rasa itu di Instagram. – mStar

    Perkara itu dikongsi Anggi di Instagram miliknya pada Isnin.

    Dalam pada itu, Anggi memberitahu dia sempat berjanji kepada Stevie akan menjaga anak-anak mereka dengan baik selepas ini.

    “Kita jumpa lagi di Jannah sayang. Janji kita akan berkumpul semula dengan anak-anak.

    “Fokus saya sekarang adalah untuk membesarkan anak-anak, awak tenang, okay? Saya sayangkan awak,” katanya.

    Sementara itu, kakak ipar Stevie iaitu Amanda Saraswati mendedahkan Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan wajahnya tersenyum.

    Kaum keluarga yang memandikan jenazah turut memuji kecantikan Stevie meskipun sudah tidak lagi bernyawa.

    Susulan kematiannya, ramai mula membuat spekulasi mengatakan arwah terkena perbuatan sihir sehingga meragut nyawanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...