Thursday, May 9, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ariana Madix akhirnya beli rumah sendiri

    Personaliti televisyen, Ariana Madix akhirnya berpindah keluar dari kediaman bernilai AS$2 juta yang dibeli bersama bekas teman lelakinya iaitu pelakon Tom Sandoval.

    Bintang Vanderpump Rules itu membuat keputusan tersebut selepas jatuh cinta dengan sebuah banglo bernilai AS$1.6 juta di Hollywood Hills, California.

    Menurut mStar yang memetik sumber yang boleh dipercayai, Ariana jatuh cinta dengan rumah tersebut dan teruja memulakan lembaran baharu dalam kehidupannya selepas berpisah dengan Tom.

    Ini kerana, sejak berpisah pada Mac tahun lalu, Ariana dan Tom masih tinggal di banglo mewah berkenaan kerana masing-masing berdegil tentang penyelesaian terhadap kediaman tersebut.

    Tom berharap dapat membeli rumah itu sepenuhnya tetapi Ariana pula mahu menjual dan membahagikan hasilnya sama rata.

    Ariana turut memfailkan saman terhadap Tom kerana memaksa penjualan hartanah tetapi pelakon itu membuat bantahan.

    Perbicaraan mengenai kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

    Pasangan itu berpisah selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta kerana pelakon itu berlaku curang dengan sahabatnya sendiri, Rachel Leviss.

    Ariana juga sudah bertemu pengganti selepas bertemu di sebuah majlis perkahwinan di New York. – Agensi

    Ariana berpisah dengan Tom selepas isu aktor itu curang tersebar. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...