Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Wan Junaidi kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 123 penerima

    KUCHING, 15 FEB – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengurniakan pingat kepada 123 penerima dalam istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak 2023 yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri.

    Mendahului senarai 10 penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang.

    Turut hadir pada majlis itu isteri Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.

    Antara penerima PNBS lain ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki; Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland S agah Wee Inn; Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikei Tayai serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi. – Bernama

    Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersalaman dengan para hadirin selepas mengurniakan pingat di Dewan Undangan Negeri Sarawak. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...