Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    West Ham ikat Rodriguez

    LONDON, 7 OGOS – Pemain tengah antarabangsa Argentina, Guido Rodriguez menjadi pemain keenam yang ditandatangani oleh West Ham pada musim panas kelmarin.

    Pemain berusia 30 tahun itu, yang merupakan sebahagian daripada skuad Argentina yang memenangi Piala Dunia pada 2022 dan gelaran Copa America 2021 dan 2024, didapatkan secara percuma selepas kontraknya tamat di Real Betis.

    Rodriguez telah menghabiskan empat tahun setengah di Sepanyol, menjadi pemain utama ketika Betis layak ke persaingan bola sepak Eropah dalam setiap musim sepanjang empat tahun kebelakangan ini.

    “Saya rasa ini adalah impian setiap pemain bola sepak untuk bermain di Liga Perdana Inggeris, dan saya sangat teruja apabila saya mendengar bahawa West Ham berminat dengan saya,” kata Rodriguez dalam satu kenyataan kelab.

    “Saya akan membawa pengalaman kepada pasukan, dan walaupun saya sedar Liga Perdana adalah sangat fizikal, saya bersedia untuk bekerja untuk memastikan saya dapat melaksanakan tugas itu.”

    The Hammers telah pun menambah penyerang antarabangsa Jerman, Niclas Fuellkrug, pemain sayap, Crysencio Summerville dan Luis Guilherme serta pemain pertahanan Max Kilman ke dalam skuad mereka untuk musim pertama kendalian Julen Lopetegui.

    Pengarah Teknikal, Tim Steidten berkata penandatanganan Rodriguez adalah satu ‘kenyataan’ kerana mereka berhasrat untuk memperbaiki kedudukan di tempat kesembilan dalam Liga Perdana musim lalu. – AFP

    Aksi Rodriguez semasa perlawanan bola sepak pusingan pertama pusingan 16 Liga Europa di stadium Old Trafford di Manchester pada 9 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda