Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

9 maut banjir di Jakarta

JAKARTA, 1 JAN – Sembilan maut dalam banjir yang melanda ibu negara Indonesia, Jakarta hari ini susulan hujan lebat sejak semalaman, manakala kira-kira 13,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka apabila air mula naik, menurut pegawai agensi bencana.

Kematian membabitkan seorang remaja berusia 16 tahun akibat renjatan elektrik, manakala tiga lagi akibat hipotermia, seorang mangsa lemas dan empat lagi yang lain terkorban dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di pinggir bandar.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Agus Wibowo mengatakan hujan monsun dan air sungai yang melimpah tebing, menenggelamkan sekurang-kurangnya 90 kawasan dan mengakibatkan tanah runtuh di Depok, di pinggir Jakarta.

Beberapa batang jalan raya utama di ibu kota Jakarta dinaiki air sehingga 1 meter, dan pihak berkuasa turut menutup bekalan elektrik di kawasan tertentu bagi memastikan keselamatan penduduk. Perkhidmatan komuter dan kereta api turut terjejas akibat landasan ditenggelami air sehingga lebih 1 meter.

Menurut twitter rasmi Traffic Management Center (TMC) Polis Daerah Metro Jaya (Jakarta), kawasan yang dilanda banjir adalah di Jakarta Selatan, Jakarta Pusat dan Jakarta Timur.

Rakyat Indonesia meredah banjir di Jatibening, pinggir bandar Jakarta, Indonesia, 1 Jan. Banjir yang melanda ibu negara Indonesia, mengorbankan sembilan orang dan memaksa beribu-ribu berpindah, manakala lapangan terbang dan jalan-jalan utama ditutup. – AP

Menurut kenyataan BNPB, selain Jakarta, kota berhampiran Jakarta seperti Bekasi, Tangerang dan Depok, turut mengalami banjir terutamanya membabitkan kawasan penempatan yang rendah dan beribu-ribu sudah pun berpindah dari kediaman mereka.

Badan Meteorologi, Klimatologi, Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan berkata hujan lebat di Jakarta diramalkan berterusan sehingga tiga hari akan datang dan dibimbangi akan memburukkan lagi keadaan banjir.

Badan Meteorologi, Klimatologi, Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan berkata hujan lebat di Jakarta diramalkan berterusan sehingga tiga hari akan datang dan dibimbangkan akan memburukkan lagi keadaan banjir.

Menurut media tempatan, lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur juga tidak dapat beroperasi sejak pagi tadi berikutan landasan di lapangan terbang itu digenangi air.

Pengurus Besar Eksekutif  Bandara Halim Perdanakusuma, Nandang Sukarna berkata semua penerbangan pagi ini dialihkan ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. – Bernama/AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda