Wednesday, September 18, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arvind Kejriwal dibebaskan dengan ikat jamin

    NEW DELHI, 13 SEPT – Seorang pembangkang politik utama Perdana Menteri India Narendra Modi dibenarkan untuk diikat jamin hari ini selepas beberapa bulan dipenjarakan atas tuduhan partinya menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen minuman keras.

    Arvind Kejriwal, Ketua Menteri Delhi dan pemimpin utama dalam pakatan pembangkang yang menentang Modi dalam pilihan raya kebangsaan awal tahun ini, pertama kali ditahan pada Mac berhubung siasatan rasuah yang berlarutan.

    Dia adalah antara beberapa pemimpin pembangkang yang sedang disiasat atau menghadapi tuduhan jenayah, dengan salah seorang rakannya menyifatkan penahanannya pada masa itu sebagai ‘konspirasi politik’ yang didalangi oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah di bawah pimpinan Modi.

    Panel dua hakim Mahkamah Agung memutuskan bahawa penahanan Kejriwal adalah sah tetapi dia harus dibebaskan daripada tahanan sementara menunggu perbicaraan terhadap tuduhan tersebut.

    “Penahanan yang berpanjangan adalah penafian kebebasan yang tidak adil,” kata hakim Mahkamah Agung Surya Kant dalam satu keputusan.

    Kejriwal dibebaskan dengan jaminan AS$11,900 dengan syarat dia tidak membuat ulasan awam mengenai merit kes terhadapnya, tidak mengunjungi pejabatnya dan tidak menandatangani fail rasmi. – AFP

    Kejriwal memberikan isyarat hormat semasa sidang media di ibu pejabat parti di New Delhi pada 11 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda