PARIS, 4 OGOS – Amerika Syarikat mencatatkan rekod dunia dengan masa tiga minit 37.43 saat untuk meraih emas Olimpik dalam acara medley 4×100 meter (m) campuran di Sukan Paris, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).
Rekod itu menyaksikan peningkatan sebanyak 0.15 saat daripada rekod dunia sebelumnya yang dipegang Britain. Pasukan China meraih perak manakala Australia mendapat gangsa.
Ia merupakan rekod dunia kedua yang dicatat di Sukan Paris, yang pertama datang daripada Pan Zhanle dari China dalam acara 100m gaya bebas lelaki.
Para atlet, pakar dan jurulatih memperdebatkan mengenai kesukaran untuk melihat rekod dunia di Perancis. – Bernama