Thursday, January 9, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barang bantuan tiba di kawasan bencana gempa Xizang

    XIGAZE, 8 JAN – Kumpulan pertama barang bantuan membabitkan 5,800 item termasuk khemah dan pakaian tebal yang disediakan kerajaan pusat selamat tiba di kawasan bencana gempa bumi di wilayah Xizang, barat daya China pada malam kelmarin.

    Difahamkan, baki 16,000 lagi barang bantuan yang dihantar akan tiba di kawasan bencana hari ini.

    Barang bantuan berkenaan dikendalikan bersama oleh Suruhanjaya Pencegahan, Pengurangan dan Bantuan Bencana Negara, Kementerian Pengurusan Kecemasan (MEM) dan Jabatan Pentadbiran Makanan dan Rizab Strategik Negara (NFSRA).

    Pada masa sama, bekalan keperluan harian yang disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan yayasan penyayang seperti makanan, alat pemanas, selimut elektro terma, selendang, sarung tangan dan baju tebal juga telah diagihkan kepada penduduk terjejas menerusi penyelarasan MEM. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda