Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beberapa produk aksesori wanita dicemari bahan toksik

    SEOUL, 14 OGOS – Beberapa aksesori wanita yang dijual oleh beberapa syarikat e-dagang paling popular di dunia didapati mengandungi bahan toksik melebihi tahap yang dibenarkan, menurut pihak berkuasa di Seoul, hari ini.

    Syarikat gergasi e-dagang dari China seperti Shein, Temu dan AliExpress yang semakin popular di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori menarik pada harga yang amat rendah.

    Namun, pertumbuhan pesat ini telah menarik perhatian pihak berkuasa terhadap amalan perniagaan dan piawaian keselamatan mereka, termasuk di Kesatuan Eropah dan Korea Selatan, di mana pegawai Seoul menjalankan pemeriksaan mingguan terhadap barangan yang dijual oleh platform dalam talian tersebut.

    Dalam pemeriksaan terkini, sebanyak 144 produk dari Shein, AliExpress dan Temu telah diuji, dan beberapa produk dari setiap syarikat didapati gagal mematuhi piawaian undang-undang.

    Kasut dari Shein didapati mengandungi paras phthalates yang sangat tinggi, iaitu bahan kimia yang digunakan untuk menjadikan plastik lebih fleksibel, dengan satu pasang kasut mencatatkan tahap 229 kali ganda melebihi had yang dibenarkan.

    “Phthalate yang digunakan sebagai pelembut plastik boleh menjejaskan fungsi reproduktif seperti pengurangan jumlah sperma serta boleh menyebabkan kemandulan dan kelahiran pramatang,” beritahu seorang pegawai daripada pasukan kesihatan alam sekitar Seoul kepada AFP.

    “Bahan kimia ini juga diklasifikasikan sebagai karsinogen manusia oleh Institut Kanser Antarabangsa, justeru, pendedahan jangka panjang kepada bahan ini perlu dielakkan,” tambahnya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 4 Mei 2023 ini menunjukkan pemandangan kedai jenama fesyen China, Shein, di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda